10 Artis Popular Bergelar Haji & Hajah Muda..No 7 Yang Paling MUDA .. Subhanallah! Memang Beruntung Mereka Ni ..

Menunaikan haji menjadi impian setiap umat Islam. Selalunya kita lihat kebanyakan yang mendapat peluang itu apabila usia menginjak tua.

Namun ramai tidak berpeluang kerana belum cukup wang atau perlu menunggu giliran dipanggil Tabung Haji. Namun, kegembiraan pastinya dirasai jika berpeluang melakukannya pada usia muda.

Ini antara selebriti popular yang menunaikan haji pada usia muda.

1. DATUK SITI NURHALIZA

Penyanyi nombor satu negara ini pertama kali mengerjakan haji pada 2007 ketika berusia 28 tahun ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K.

2. NEELOFA

Selepas bertudung, pelakon cantik ini semakin mendekatkan diri dengan Allah. Tahun lalu Neelofa bersama ibunya ditemani selebriti, Vie Shantie Khan menunaikan haji pada usia 27 tahun.

3. NABIL AHMAD

Lama menyimpan niat mengerjakan haji, Nabil tidak menyangka peluangnya dapat pergi lebih awal apabila menunaikan rukun Islam kelima itu dua tahun lalu pada usia 32 tahun.

4. DEJA MOSS

Mengerjakan haji seorang diri pada tahun 2002 ketika berusia 29 tahun, Deja atau Sharifah Hadijah Wan Mos tidak menyangka menerima panggilan lebih awal daripada Tabung Haji.

5. HAFIZ HAMIDUN

Menunaikan haji pada 2016 ketika usia 32 tahun, Hafiz mengakui belajar menjadi seorang yang lebih kuat dan sabar. Ketika di sana, penyanyi dikenali dengan lagu ketuhanan itu bertemu penyanyi Indonesia, Opick dan pelakon Adi Putra.

6. MIZZ NINA

Mizz Nina atau Shazrina Azman, 37, kini lebih banyak mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan. Pada 2013, Mizz Nina dan suami, Noh Hujan berpeluang menunaikan haji bersama-sama ketika usia 34 tahun.

7. ROSSA

Menunaikan haji pada 2002 ketika berusia 23 tahun, Rossa atau Sri Rossa Roslaina Handayani pernah menunaikan umrah dan melakukan percubaan berhijab hampir dua bulan sekembalinya daripada menunaikan haji.

8. KRISDAYANTI

Selepas mengerjakan umrah, KrisDayanti bersyukur apabila dapat menunaikan haji setahun selepas itu. Dia menunaikan haji bersama bekas suami yang juga komposer terkenal, Anang Hermansyah pada 2004 ketika berusia 29 tahun.

9. OKI SETIANA DEWI

Penyanyi dan pelakon ini sangat teruja berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima bersama suami, Ory Vitrio pada usia 28 tahun. Oki kini berada di Makkah dan mengganggap kehamilan bukan alasan untuk tidak menjadi tetamu di rumah Allah.

10. MAHER ZAIN

Penyanyi Lubnan kelahiran Sweden dan dikenali di Malaysia dengan lagu Thank You Allah ini menunaikan haji pada 2012 ketika usia 31 tahun.

SUMBER : http://www.terlajaktular.com/2017/10/21/10-artis-popular-bergelar-haji-hajah-muda-no-8-tu-memang-tak-sangka-langsung/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *