4 Cerita Seram Paling Banyak Disebutkan Di Jalan Lama Bukit Putus Dan KISAH Di Sebalik Nama Bukit PUTUS

Seperti kita ketahuai asal usul nama bukit putus sebenarnya masih tidak diketahui dengan jelas sehingga hari ini. Walaubagaimanapun ada mitos atau cerita daripada orang-orang terdahulu mengenai asal usul nama Bukit Putus ini seperti yang disebutkan dalam artikelkami sebelum ini.

4 Cerita Seram Paling Banyak Disebutkan Di Jalan Lama Bukit Putus

Sebenarnya bukit putus mempunyai cerita misteri yang sungguh luar biasa adapun kata ianya hanya rekaan tetapi terserah sama ada mahu percaya atau tidak. dan perpeganglah apa yang berlaku semua adalah dibawah kekuasaan ALLAH S.W.T. wallahu a’lam

4 Cerita Seram Paling Banyak Disebutkan Di Jalan Lama Bukit Putus

1.Misteri Pak Cik Naik Basikal

Aku ada dengar cerite pasal misteri jalan bukit putus ni. Kebetulan, ex supervisor aku orang rumahnya dari kuala pilah. so die selalu la ikut jalan tu. die pernah cerite, mase tu die baru kawen. hari minggu dieorang pun weekend la balik kuala pilah. lalu kat jalan bukit putus tu dalam pukul 4 pagi.entah macamana masa kat corner yg first tu, diorang boleh terserempak dengan pakcik naik basikal..masing2 diam buat tak nampak.Masuk corner kedua..eh jumpe lagi. Supervisor aku ni dah tak sedap hati dah. masuk corner ke tiga…dieorang nampak lagi pakcik tu kayuh basikal..rilek je..tibe2, wife supervisor aku cakap…”pelik la, pakcik ni dah 3 kali kite jumpa” terus supervisor aku marah wife dia sebab mulut cabul. barulah orang rumah die paham, yg diorang nampak tu bukan manusia.tibe di rumah mertua, wife die terus demam.

2.Misteri Orang usung keranda

Saya dahulu berulang alik dari Seremban ke Kuala Pilah kerana pernah bertugas di JPJ Seremban.Pada suatu malam yang sunyi lampu kereta saya tiba-tiba terpadam dan radio turut senyap. Waktu itu jam 1 pagi.

Bila dikacau, saya teruskan perjalanan macam biasa dan tidak menghiraukan apa yang berlaku.Tiba-tiba saya ternampak sekumpulan orang mengusung keranda. Saya berasa lega bila melihat ada orang ramai.

Perasaan takut mula hilang.Namun bila tiba di puncak bukit, tiba-tiba saya terfikir, di selekoh ketiga itu mana ada rumah orang dan takkanlah dia nak mengusung mayat tu sampai bawah jalan kaki,namun baharulah saya tersedar, mungkin apa yang saya lihat bukan orang sebenar.

Sehingga hari ini masih tidak terjawab siapa yang mengusung,
siapa yang diusung dan kemana mereka pergi..???
wallahu a’lam

3.Misteri Perempuan bersama tiga anak

Ini cerita tahun 90-an dulu. Masa tu, saya bertugas dalam JPAM. Saya berulang alik dari Felda Kepis ke Seremban. Kejadian itu berlaku selepas selesai saya habis bertugas. Saya bergerak dari JPAM jam 12.30 tengah malam dan tiba laluan kedua selekoh jam 1 pagi dari Seremban.

Tempatnya di kawasan kebun durian dekat selekoh paling tajam di jalan lama Bukit Putus. Masa itu naik kereta. Sebelum ini, kawan ada bagi tahu laluan itu agak scary tapi saya tidak percaya.

Hinggalah, pada malam itu, saya ternampak seorang perempuan berjalan di tengah jalan bersama tiga anaknya dan seorang didukung.

Perasaan ketika itu, hanya ALLAH SWT yang tahu. Takkanlah, jam 1 pagi ada orang di kawasan itu dan di situ tiada rumah. Memang seram sejuk waktu itu. Saya teruskan perjalanan seperti biasa tanpa menegur perempuan itu.

4.Misteri Kendaraan tiba-tiba jadi berat

“Waktu itu tahun 2002, jam 2.30 pagi dari arah Seremban. Masa itu, jalan lengang langsung tiada kereta atau lori. Saya pun tidak fikir apa-apa, sehinggalah berhampiran Kem Pengakap sebelah kiri, tiba-tiba kenderaan saya jadi berat. Memang nak naik ke jalan itu agak payah,” kata Ismail Shah Abd Samad.

Katanya, dia hanya terfikir keretanya rosak kerana kenderaan itu sering meragam.

“Saya pun lihat cermin pandang belakang, untuk lihat kalau ada kenderaan lain untuk minta bantuan. Tetapi apa yang saya nampak, objek berwarna putih dan samar-samar di bonet belakang kereta. Automatik menggigil satu badan.

4 Cerita Seram Paling Banyak Disebutkan Di Jalan Lama Bukit Putus

“Saya teruskan perjalanan, baca ayat Kursi tetapi secara tiba-tiba bau wangi kapur barus pula datang. Memang sangat seram waktu tu. Bila tiba puncak Bukit Putus, terdengar bunyi angin kuat dan tiba-tiba juga kereta saya menjadi ringan.

“Itulah peristiwa paling saya tidak boleh lupakan sehingga kini. Saya pernah berbual dengan pemandu lori di hentian rehat Ulu Bendul dan mereka beritahu, jam 2 pagi hingga ke 4 pagi, jalan itu akan diganggu Pontianak.”

Kami juga mencari beberapa komen daripada apa yang diceritakan disini dan kebanyakan mereka juga mempunyai kisah mereka sendiri. Disini kami ada beberapa screenshot komen yang sempat kami ambil.

4 Cerita Seram Paling Banyak Disebutkan Di Jalan Lama Bukit Putus

Akhirkata dari kami. Wallahu a’alam

Apa-apapun Jalan bukit putus sekarang pun sudah ada alternatif baru, kerajaan dah siapkan satu jalan baru yang lebih lurus dan lebar, jadi balik raya ni nanti hati-hatilah, jangan laju-laju…kalau terjumpa tu doa2lah kepada yang satu mintalah perlindungan daripadaNya. – Sumber Friends Of Waghih FB

Kisah Disebalik Nama Bukit Putus Kuala Pilah

Sekiranya anda melalui jalan baharu Bukit Putus, sudah pasti ada diantara anda semua terbayang 32 selekoh tajam di jalan lama yang meninggalkan banyak kenangan. Banyak tragedi kemalangan berlaku disini malah ada juga dengar pelbagai kisah-kisah menakutkan di laluan lama ini.

Namum begitu, pemandu yang melalui Kuala Pilah – Seremban tidak perlu bimbang lagi untuk melalui selekoh tajam di jalan Bukit Putus itu memandangkan sudahpun ada jalan lurus yang kini lebih cepat dan pantas, malah disebut sebagai ‘laluan sutera moden’ bagi sesetengah orang dari Pantai Timur ke Pantai Barat.

laluan baru bukit putus

laluan baru bukit putus

Biarpun jalan lama ditinggalkan sepi sejak jalan baharu itu dirasmikan pada 29 November 2009, kini hanya tempat tinggal binatang liar yang bebas berkeliaran di atas jalan raya, khususnya kera. Inilah nostalgia jalan yang suatu ketika dahulu telah banyak berkhidmat kepada penduduk setempat khususnya di daerah Kuala Pilah, Jempol dan Gemas. Apa pun, jalan lama Bukit Putus ini, sekadar menjadi memori terutama bagi mereka yang gemar menikmati selekoh tajam dan hutan rimba di sekitarnya.

laluan baru bukit putus

Lagenda Asal Usul Nama Bukit Putus

Sehingga hari ini bagaimana Bukit Putus mendapat namanya masih tidak diketahui dengan jelas. Hanya satu saja kisah legenda yang pernah sampai ke telinga pada zaman kanak-kanak dahulu. Nenek pernah bercerita kononnya dulu ada kejadian raksasa bergaduh hingga berparang. Dalam pergaduhan itu, salah satu raksasa tersebut yang mahu menetak lawannya tertetak bukit tersebut sehingga terputus-putus dan kerana itu ia dinamakan Bukit Putus.

Perang Bukit Putus

Bukit Putus ini juga pernah menyaksikan pertumpahan darah paling dasyat pernah berlaku pada suatu ketika dahulu dimana disini merupakan tempat tercetusnya peperangan antara Yamtuan Antah dengan penjajah Inggeris. Perang yang dikenali dengan nama “Perang Bukit Putus” meninggalkan luka yang amat dalam buat Negeri Sembilan dimana kekalahan Yamtuan Antah dalam peperangan itu bermulanya penguasaan Inggeris terhadap Negeri Sembilan.

Bukit Putus Simpan 1001 Misteri

Bila mengenang kembali Bukit Putus juga boleh menjadikan bulu roma meremang kerana banyak cerita mistik tersebar dari mulut ke mulut. Antaranya kisah seorang lelaki mengilai tanpa kepala di satu pokok besar dekat sebatang selekoh. Ada juga yang nampak sekumpulan manusia sedang berjalan mengusung keranda membawa obor dan ada juga yang melihat ‘pocong’ berdiri di kaki bukit.

Cerita bantal peluk bergolek mengejar kenderaan, bebola api berterbangan di sekitar jalan, gerai misteri yang berniaga di tengah malam sehinggalah cerita terlihat sepasang manusia lelaki dan wanita melapah daging monyet di selekoh yang terdapat juraian air bukit.

Biarpun jumlah kenderaan yang menggunakan jalan lama ini semakin berkurangan, malah boleh dikatakan sudah tiada, kisah mistik dan misteri itu masih dapat didengari dimana-mana di Negeri Sembilan.

Laluan Lama Bukit Putus Kian Sepi

Laluan berusia lebih 40 tahun itu tidaklah terlalu panjang. Hanya 8 kilometer sahaja. 4 kilometer ke puncak dan 4 kilometer lagi ke kaki bukit. Laluan berliku dan berbukit ini kurang disukai pemandu. Selekohnya tajam. Jalannya sempit. Mengerikan bagi pemandu baharu yang baru pertama kali melaluinya.

Walaupun, selepas jalan baharu yang lebih pendek dan lurus dibuka dan kenderaan yang melalui jalan Bukit Putus semakin berkurangan, ada ura-ura untuk menjadikan laluan ini sebagai tempat riadah dan rekreasi. Namun sehingga hari ini, tidak kelihatan apa-apa usaha dilakukan. Bukit Putus kekal menjadi laluan sunyi.

kisah seram jalan bukit putus

Laluan kawasan ini amat berpotensi menjadi kawasan tarikan pelancong memandangkan kawasan-kawasan sekitar bukit putus ini dilitupi dengan kehijauan alam semula jadi di kiri dan kanan jalan. Ditambah pula kawasan ini juga terdapat dusun-dusun buah-buahan yang boleh dijadikan sebagai kawasan agro pelancongan.

Pelbagai aktiviti juga boleh diwujudkan seperti sukan lasak misalnya maraton, longboard, berbasikal, rock climbing, meredah hutan, mendaki bukit dan pelbagai lagi. Pendek kata sekiranya terdapat usaha untuk memajukan lagi kawasan ini, sudah pasti cerita kurang enak mengenai kawasan ini akan tenggelam malah lebih ramai lagi pengunjung dalam dan luar negara untuk datang kesini.

Sumber: http://www.orangnogori.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *