Akhirnya! Boy Iman kena TAHAN ..

KUALA LUMPUR – Polis menahan Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A.Rahman yang lebih dikenali dengan panggilan Datuk Boy Iman semalam.

Tangkapan ke atas Boy Iman, 37, dilakukan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang berikutan 188 laporan polis dilakukan ke atas penipuan jualan rumah oleh DBI Properties dan Juta kelulut Global Resources melibatkan kerugian sehingga RM6.2 juta

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis dari JSJK Bukit Aman telah melakukan tangkapan itu.

Dalam tangkapan itu, katanya, polis menerusi pemeriksaan di Wisma DBI, Ampang telah merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, sebuah kereta BMW E92, tiga buah telefon bimbit, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen BDI Properties.

“Pada tarikh yang sama (2 Oktober 2017) pihak polis turut memberkas dua lagi suspek utama kes berusia 45 dan 29 tahun ini di sebuah kondominium di Setapak KL dipercayai pemilik Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

 

Image result for boy iman

“Turut dirampas adalah dua unit telefon bimbit dan pelbagai dokumen syairkat juta kelulut. Kesemua suspek telah direman dua hari bermula hari ini untuk siasatan dibawah seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, berdasarkan siasatan yang dijalankan, polis mendapati syarikat itu menawarkan rumah kepada pembeli pada harga jauh lebih murah daripada harga pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persgi .

Bagaimanapun setelah bayaran dilunaskan pembinaan rumah itu tidak dijalankan.

Malah katanya, penelitian polis mendapati sindiket penipuan hari ini semakin bijak memanipulasi kehendak dan keperluan masyarakat untuk mewujudka pelbagai skim penipuan dan pelaburan bagi menarik perhatian mangsa.

Ini dapat dilihat melalui kewujudan pelbagai skim berteraskan perniagaan emas, perumahan dan seumpamanya.

Justeru beliau mengingatkan masyarakat supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim atau tawaran luar biasa yang dibuat oleh mana-mana orang atau syarikat

“Harus diingat kebiasaannya sesuatu entiti perniagaan yang ditubuhkan adalah berasaskan kepada keuntungan. Justeru penawaran sesuatu skim yang berbeza daripada kebiasaan haruslah dinilai dan disemak dengan terperinci.

“Sebaiknya rujuklah dengan agensi atau pihak yang lebih arif berkenaan sesuatu tawaran tersebut bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan,” tegas beliau.

Sumber – MalaysiaGazette

 

WAKIL PPIM TIDAK DIBENARKAN MASUK SIDANG MEDIA DBI TECHNOLOGY

Snapshot(9)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *