Allahu! Cikgu Ini Dipanggil Dengan Nama Binatang Oleh Anak Muridnya .. Pesanan Dari Ustaz Pasti Buat Semua Tersentak !

Tersentap saya bila terbaca nasihat daripada guru saya “Bermulanya kerosakan adab seseorang pelajar bila gurunya lebih menjaga hati pelajar daripada pelajar menjaga hati gurunya.. ”

Kesian cikgu hari ni.. Kena berhadapan dengan pelajar2 yang tak jaga langsung adab dengan cikgu.. Sampai guru tertekan.. Ada guru yg cerita dengan saya leps ceramah menangis.. Anak murid nya panggil dengan panggilan binatang..Anak murid buat muka dengan cikgu.. Bila cikgu rotan dengan tujuan mendidik mengadu kat mak ayah.. Mak ayah mula serang cikgu.. Viralkan.. Dan macam2 lagi.. Kadang2 kita sebagai mak ayah terlalu manjakan anak2.. Terlalu percaya pada anak.. Sehingga anak2 berani menipu.. Berani kurang ajar dengan cikgu.. YaAllah ampunilah anak2 pelajar saya…

Saya risau kalau kita sebagai mak ayah teruskan dengan sikap x selidik.. Sebelum bertindak.. Saya takut2 kita bukan sayangkan anak sebenarnya.. Malah kita hancurkan masa depan anak2.. Saya selalu bagitau pelajar2 dalam ceramah.. “Kalau kita mengumpat cikgu.. Maki cikgu.. Kurang ajar dengan cikgu..jangan harap dapar keberkatan daripada guru.. Padahal keberkatan guru lah asbab kita berjaya masa hadapan.. Hidup tenang dan bahagia.. Tapi malangnya anak2 dapat “lesen besar” daripada mak ayah.. Seolah olah sikit pun xboleh sentuh anaknya.. Lama kelamaan tak ada lagi orang yg akan hormat pda guru..

Saya kerap di panggil oleh sekolah2 terbaik di malaysia.. Bila saya tanya tajuk apa cikgu? Cikgu jawab “sekolah ni ustaz basuh bab hormat guru.. Mereka anak orang kaya.. Orang elite.. Tapi kesian ustaz.. Bila kami tegur marah denda mereka.. Mak ayah mereka selalu salahkan cikgu.. Kami dah x tau nak buat apa..” Ada sekolah sampai cikgu kena saman sebab kejut anak dia bangun subuh mungkin cikgu tu rotan sebab anak dia xnak bangun subuh.. Allahu.. Kalau saya cikgu rotan laa kaw kaw kalau dia x solat..

Wahai ibu bapa.. Bukankah kita juga dulu pernah di rotan? Di tarik sekben? Di denda diri atas kerusi? Di tampo? Sehingga hari ni kita berjaya.. Sebab mak ayah kita dulu tak pernah menangkan kita kalau kita mengadu kat mak ayah kita.. Kita lagi teruk kena dengan mak ayah kita kalau kita ngadu cikgu pukul kita.. Ingat tak?

Kesian.. Betul la kata ustaz saya tadi.. Bila cikgu lebih nak menjaga hati pelajar berbanding pelajar jaga hati cikgu.. Bermulanya kerosakan adab..

YaAllah ampunilah kami..

Bagilah kami sebagai mak ayah faham betapa besarnya pengorbanan seorang guru.. Kita serah bulat2 pada guru untuk didik anak kita.. Padahal tanggungjawab tu tanggungjawab kita sebenarnya..

Ya Allah.. Jadikanlah kami mak ayah yg sangat memahami perasaan guru dan mementingkan anak kami beradab dengan guru..

YaAllah ampunilah kami.. Kami berdosa dengan guru2 anak2 kami.. Aamiin

Nota kaki : sebenarnya begitu juga ibubapa dgn anak.

Rosak adab jika ibubapa lebih menjaga hati anak daripada si anak menjaga hati ibu bapanya

Motivator Remaja, Ustaz Khailil Razak

Share pada suami isteri kita, guru2 kita.. Dan anak2 kita.. Semoga bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *