Bentuk Jari Manis Dan Jari Kelingking Boleh Dedah Personaliti Sebenar Anda

Selain daripada menggunakan ujian imej ini, bentuk jari manis dan jari kelingking rupa-rupanya juga dapat mendedahkan personaliti seseorang itu dengan hanya melihat jarak dan panjang di antara kedua-dua jari ini.

1. Jari kelingking sama tinggi dengan tapak jari manis

  • Kamu sebenarnya tidak suka bersaing, takut bersendirian dan selalu berpura-pura gembira di hadapan orang lain.
  • Kamu merupakan seorang yang sangat penyabar dan boleh menyimpan rahsia di dalam hati dengan baik.
  • Kamu sering memikirkan orang lain dahulu sebelum diri kamu sendiri dan sering mencuba untuk mengubah diri sendiri untuk orang lain.
  • Kamu merupakan seorang yang takut kepada kegagalan dan selalu ingin kelihatan kuat di hadapan oran glain.
  • Kamu merupakan seorang yang sensitif tetapi sangat peramah dan sangat menghargai persahabatan.

2. Jari kelingking lebih tinggi daripada tapak jari manis

  • Kamu merupakan seorang yang sangat pandai membuat perancangan dan memiliki semangat perjuangan yang tinggi dan tidak kisah untuk berusaha sekuat yang mungkin.
  • Kamu tidak pendendam dan setiap kali kamu kecewa, semuanya akan berlalu dengan cepat sekali.
  • Kalau orang baik kepada kamu, kamu akan membalasnya berlipat kali ganda.
  • Kamu merupakan seorang yang praktikal dan tidak gemarkan perkara yang rumit dan memenatkan.
  • Kamu merupakan seorang yang keras kepala, kadang sudah tahu itu salah, tapi kamu tetap merentasi semua rintangan dan tetap berjalan ke arah yang kamu mahukan.
  • Kamu benci membuat keputusan.

3. Jari kelingking lebih pendek daripada tapak jari manis

  • Kamu orang yang romantis dan peduli akan hal-hal kecil untuk orang yang kamu cintai.
  • Kamu lebih lambat untuk bergaul dan nampak pendiam di depan orang yang kamu tidak kenali.
  • Kamu sering berpura-pura kuat dan tenang, sehingga orang lain tidak boleh membaca diri kamu yang sebenarnya.
  • Kamu sering berharap ada orang yang mengerti kamu, mencintai kamu dan tahu apa yang kamu mahukan.
  • Kamu sering melindungi kesemua kesedihan kamu, tapi kamu juga berharap ada orang yang dapat menghiburkan kamu dan memberi rasa aman.

 

Image result for bentuk jari manis dan kelingking

 

 

 

sumber : Taiko TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *