Dato Vida Hampir Kena SCAM RM30 Ribu Sebab Suspek Jual Dadah !! Mengamuk Teruk DSV .. Tengok Video!

JUTAWAN kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida hampir ditipu RM30,000 selepas menerima panggilan yang mendakwa akaun bank peribadinya dibeku kerana terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, di kediamannya di Ipoh hari ini.

Hasmiza, 46 berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki pada 12.45 tengah hari tadi yang mendakwa dirinya pegawai sebuah bank meminta pengesahan nombor kad pengenalan bagi tujuan pengesahan sebelum memaklumkan akaun peribadinya dibekukan berikutan mempunyai tunggakan pinjaman peribadi sebanyak RM30,000 di cawangan Karmunsing, Kota Kinabalu negeri Sabah.

Katanya, terkejut dengan keadaan itu serta bimbang akaun peribadinya disalahguna pihak tertentu, beliau meminta siasatan dilakukan sebelum diimaklumkan oleh lelaki terbabit bahawa seorang pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu akan menelefon untuk maklumat lanjut.

“Seorang demi seorang menghubungi saya dan hampir dua jam saya berbual menerusi telefon.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya kerana semua nombor telefon yang tertera memang betul sama ada dari IPK ataupun daripada pihak bank serta setiap data peribadi yang dimaklumkan juga tepat.

“Namun, saya mula terkejut sebaik dimaklumkan akaun berkenaan terpaksa dibekukan kerana ada individu menyalah gunakan akaun terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah,”€ katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang di sini hari ini.

Datuk Seri Vida yang juga Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd berkata, beberapa panggilan terbabit turut bertanyakan mengenai butiran peribadi termasuk akaun simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

“Saya menelefon peguam saya secara senyap dan meminta dia mendengar perbualan berkenaan sehingga perbualan bersama penipu-penipu itu dihentikan kerana kehabisan bateri.

“Peguam saya memaklumkan kes seumpama itu sudah banyak berlaku dan tidak sangka saya sendiri turut terkena dengan penipuan itu,”€ katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang panggilan sehingga mendedahkan data peribadi meskipun semua nombor telefon terbabit datangnya daripada nombor pejabat yang betul.

Katanya, beliau mahu polis melupuskan kegiatan terbabit kerana tidak mahu lebih ramai lagi terpedaya dengan tipu helah untuk mendapatkan duit dengan mudah selain mahu memastikan keselamatan diri dan keluarganya terjaga.

RAKAMAN VIDEO DSV MARAH TERUK!

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/285733/vida-hampir-ditipu-rm30000

Kegiatan menipu melalui talian memang menjadi modus operandi scammer sekarang, bagaimana data data pemilik akaun bank terbocor itu sampai sekarang tidak dapat diselesaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *