Ex-Staff McD Kongsi Resepi Bubur Ayam McD Paling Sedap! Semua Orang Boleh Buat ..

Image result for bubur mcd

Bila disebut bubur ayam, perkara pertama yang menjadi bualan rakyat Malaysia semestinya jenama Mc Donald. Bubur ayam McD.

“Saya nak berkongsi resepi asal bubur mcd 
Saya bekas pekerja mcd 
Pernah masak bubur mcd selama 3 tahun ..”

Resepi asli McDonald’s

Beras hancur jasmin
Dlm periuk cuci beras
(Masukan air masak suam
Tujuan nak cepat masak)
Setiap 10 minit kacau supaya masak sekata ..

10 minit ke 2
Masukan halia hiris 1 sb
10 minit tambah air masak

Kacau sebati semua tadi..
Kemudian masukan stok ayam.. brand Maggie 1/2 cup dlm bubur ..10 minit terakhir sebelum packing dlm mangkuk

Hirisan ayam :

Ayam hiris nipis perap dgn halia(tujuannya sedap dan tidak bau hanyir)
Rebus hirisan ayam
Bersama peranan halia tadi
Dgn 500mlm air rebus sampai masak

 

Bahan topping bubur mcd :

Hirisan daun bawang
Hirisan cili Merah
Minyak bijan
Sukatan 1 sb

 

Okey, mudahkan? Boleh buat seperiuk besar jamu sanak saudara.  Lebih kreatif lagi, tambah la hidangan telur masin, sambal ikan bilis atau sayur tumis kangkung. Pasti membuka selera!

 

Masih berfikir alasan untuk mencuba? Call McD Delivery..settle.

Sumber : FB Juniza Johari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *