Gadis Ini Pergi Ke Surau Ketika Semua Sedang Berjemaah Tapi Apa Dia Buat Dalam Surau Memang Kurang Ajar .. Rupa Rupanya Dia Ni ..

PETALING JAYA Perbuatan jahat seorang lelaki berpakaian wanita lengkap bertudung yang tular awal minggu ini kerana mencuri dompet di surau wanita dihukum apabila dia dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Atiqah Abd. Karim@Husaini menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mohamad Firdaus Abdullah, 21, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa mencuri sebuah dompet jenama Charles & Keith yang mengandungi pelbagai barang berharga termasuk wang tunai RM408 dan sebuah telefon bimbit Samsung J1 milik Nur Damia Syahirah Rany, 22.

Kesalahan itu dilakukan di surau wanita, Tingkat 1, Sunway Pyramid, Bandar Sunway di sini pukul 9.40 malam pada 18 Februari lalu.

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun dan boleh di denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ilyani Mohd Tamam yang mewakili pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran agar tertuduh dan orang lain tidak melakukan kesalahan sama.

Sumber : kosmo

Ini dari laman web yang lain ..

Seorang lelaki berasal ditahan mencuri sebuah surau pusat beli-belah, viral di media sosial.

Mohamad Firdaus Abdullah sanggup bersolek dan memakai pakaian menyerupai perempuan Melayu bagi membolehkan dirinya masuk ke dalam surau Sunway Carnivall Mall sebelum mencuri beg tangan mangsa.

Dengan wajahnya yang tidak ubah seperti perempuan itu dengan pakaian lengkap dari kaki hingga ke kepala (tudung pucci) termasuk memakai baju dalam wanita, suspek mengambil kesempatan berpura-pura bersembahyang di surau tersebut.

SUMBER : http://kisahviralmalaya.blogspot.my/2017/02/lihat-lelaki-menyamar-jadi-awek-cun.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *