INFO PENTING!! 9 TIPS Keselamatan Jika Anda Terperangkap Dalam KEBAKARAN

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita kebakaran ngeri yang meragut nyawa 23 nyawa di Pusat Tahfiz Darul-Quran Ittifiqayah, Keramat, Kuala Lumpur.

Ramai yang masih tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika terjadinya kebakaran. Ketika menghadapi situasi yang bahaya, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah bertenang kerana ini membolehkan anda untuk berfikir dengan jelas dan sekali gus mencari jalan untuk menyelamatkan diri anda.

Ini antara 9 tip dan langkah keselamatan anda perlu tahu jika terperangkap dalam kebakaran.

1. CARI JALAN KELUAR

Tidak kira dimana saja anda berada sama ada di pejabat mahupun di rumah, pastikan anda mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar agar dapat menyelamatkan diri dan juga keluarga.

2. TUTUP PINTU

Mungkin ada diantar anda yang gemar membuka pintu bilik ketika tidur kerana mudah untuk mengawasi dan mendengar suara anak. Namun pintu yang terbuka akan mempercepatkan api merebak ke sekiranya berlau kebakaran. Anda digalakkan untuk menutup pintu bilik agar anda mempunyai lebih banyak masa untuk menyelamatkan diri.

3. PELAN MENYELAMATKAN DIRI & KELUARGA

Selalunya di sekolah atau di pejabat akan adakan latihan kebakaran bagi untuk bertindak dengan betul dan cepat sekiranya berlaku kebakaran. Tetapi latihan kebakaran jarang sekali diadakan di rumah. Pastikan anda melatih anak anda untuk menghadapi situasi kebakaran agar mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

4. RASAI PANAS PINTU SEBELUM DIBUKA

Jika anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, cuba rasa haba pada daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Jika terasa panas, jangan buka pintu dan cuba cari jalan alternatif lain. Namun jika pintu itu tidak panas,anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan dan berhati-hati. Ia untuk mengelakkan dari terkena api atau asap yang biasanya akan memenuhi bahagian atas.

5. ELAKKAN PENGGUNAAN JERIJIL

Cuba elakkan penggunaan jerijil besi pada tingkap atau pintu rumah kerana ia akan menyukarkan anda untuk menyelamatkan diri jika terperangkap dalam kebakaran. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jerijil tersebut boleh dibuka daripada dalam dengan mudah.

6. KELUAR IKUT TINGKAP

Jika laluan utama terhalang oleh api, anda boleh cuba menyelamatkan diri melalui tingkap. Sebelum membuka tingkap, pastikan pintu bilik tertutup rapat bagi mengelakkan api dari merebak. Keluarkan kaki dan cuba rendahkan diri lalu keluar melalui tingkap secara membelakang. Bergayut sebentar pada sisi tingkap dan terjun kebawah. Keluarkan anak anda secara menghulukan mereka ke bawah sekiranya ada orang yang membantu.

7. TERPERANGKAP DI TINGKAT ATAS

Jika anda berada melebihi tingkat satu, anda tidak boleh keluar melalui tingkap kecuali turun menggunakan tangga, melalui beranda, pokok, garaj kereta atau pun tunggu sehingga ketibaan bomba. Buka tingkap agar udara bersih boleh masuk dan asap boleh keluar. Tutup ruang bawah pintu menggunakan cadar, selimut untuk mengelakkan asap masuk ke ruang bilik. Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap dan suluh lampu picit atau kibarkan kain benderea putih agar pasukan penyelamat dapat mengesan kedudukan anda.

8. MERANGKAK DI BAWAH ASAP

Ketika kebakaran, udara panas dan asap akan memenuhi ruang atas dan gas beracun akan turun ke lantai. Jika anda ingin keluar ke laluan utama, cuba merangkak dan pastikan kepala anda berada di zon selamat iaitu pada 30 cm hingga 60 cm dari paras lantai.

9. JANGAN PANIK JIKA PAKAIAN TERBAKAR

Jika pakaian anda terbakar, jangan panik. Berhenti dan jangan berlari agar api tidak marak. Rebahkan diri, tutup muka dengan kedua belah tangan dan berguling di atas lantai untuk memadamkan api. Latih anak anda dengan cara yang sama.

Sumber: Jelita

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *