Ini Cara Amerika Alihkan Pandangan Dunia Dari Isu Palestine … Aneh Aneh Betol !

Dunia yang berang dengan keangkuhan dan kebiadapan tindakan US di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghina segala prinsip demokrasi, mula mengecam tindakan Amerika sebagai negara pembuli terbesar dunia. Isu ini menjadi tular dan seterusnya menjejaskan imej Amerika di mata dunia.

Pada ketika Liberal World Order yang dijuarai Amerika sedang tenat, dan peranan Amerika sebagai Polis Dunia semakin tidak dihormati hingga ke isu Presiden Trump yang menjadi bahan jenaka dunia, isu pengundian di UN yang mana majoriti pengundian 14 lawan 1 menentang pengumuman Trump menjadikan Baitul Muqaddis sebagai ibu negara Israel, meletakkan Amerika sebagai pembuli biadap dan tidak menghormati langsung segala prinsip demokrasi.

Cara terbaik yang sudah dimainkan Amerika sejak beberapa lama selama ini apabila krisis public relation mereka terjejas ialah, satu bentuk berita besar dan gempar akan dipanggungkan ke seluruh dunia. Lalu, secara tiba-tiba, semua bentuk teori konspirasi mengenai kewujudan program-program di bawah seliaan dan bajet kerajaan Amerika mengenai kajian UFO diakui benar malam tadi dengan pendedahan beberapa video klip yang didedahkan di bawah projek seliaan Pentagon.

Agensi-agensi berita utama Amerika mengangkat berita tersebut sebagai satu pendedahan besar dan gempar. Al kisahnya, salah seorang bekas tenaga kerja Pentagon, Luis Elizondo, mendedahkan bahawa mereka memang mempunyai sebuah projek yang dinamakan Advanced Aviation Threat Identification Program.

Projek yang dimulakan atas usaha anggota Senat Harry Reid. Projek yang dikatakan mendapat biaya kerajaan US dimulakan pada 2007 mendapat suntikan pembiayaan USD 22 juta bagi tujuan penyelidikan UFO terbabit. Projek ini walaubagaimanapun ditamatkan pada 2012.

Elizondo pada Isnin baru-baru ini, berkata beliau tidak dapat bercakap bagi pihak kerajaan, tetapi beliau secara tegas menjelaskan bahawa memang terdapat bukti yang jelas bahawa pesawat-pesawat makhluk asing ada melawat bumi. “Jentera-jentera terbang ini kami gelarkannya sebagai pesawat— mempamerkan karakter yang tiada pada mana-mana pesawat yang terdapat di bawah inventori Amerika atau negara asing yang kita ketahui,” Elizondo semasa menjelaskan pesawat-pesawat yang dikaji mereka.

Beberapa rakaman yang menunjukkan bukti pesawat-pesawat asing ini turut diserta di dalam berita-berita yang cuba mencetus isu gempar dalam pemberitaan dunia. Apa juga makhluk asing yang cuba diceritakan jentera propaganda Amerika, yang jelas kisah perwakilan Amerika yang menjadi “makhluk paling asing” dalam sesi pengundian di Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini, tidak boleh dipadamkan dari memori hitam sistem demokrasi dunia.

Amerika.. dunia tidak akan lupa.

SUMBER : https://www.menara.my/cerita-ufo-alih-cerita-veto-amerika/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *