Kejam!!! Selepas Askar Israel Ini Memberi Air Minum Pada Wanita Tua Ini Dia Terus Ditembak Mati

Semasa Israel mengebom dan menyerang Semenanjung Gaza pada musim panas yang lalu, seorang askar Israel mendekati seorang wanita Palestin berusia 74 tahun.

Dia memberikannya air sambil merakam gambar kenangan dengan wanita tua berkenaan. Namun, kebaikan askar Israel itu hanyalah seketika apabila dia menembak wanita tua itu di kepala dari jarak satu meter dan menyaksikan wanita itu mati kehilangan darah, lapor Pusat Maklumat Palestin.

Inilah kekejaman tentera Israel yang tidak berperikemanusian diceritakan oleh seorang wartawan TV Al-Aqsa, Ahmad Qdeh, yang menjadi saksi kepada kekejaman itu berlaku semasa pencerobohan Israel yang terbaru.

Jurucakap tentera Israel, berkongsi sekeping gambar seorang tentera Israel sedang memegang botol air minuman dan membantunya untuk minum sebagai contoh ‘kemanusiaan’ tentera Israel terhadap penduduk awam di Semenanjung Gaza.

Lagi Kekejaman Askar ISRAEL !!

Kejam.. Video Tentera Israel Tembak Wanita Palestin Tersebar

KEGANASAN rejim tentera Israel terhadap penduduk awam Palestin semakin menjadi-jadi.

Terbaharu sebuah video yang memaparkan kekejaman askar Zionis yang menembak seorang wanita Palestin di stesen bas Alufa kini viral di laman sosial dan mendapat perhatian netizen seluruh dunia.

Mangsa, Isra’a Abed, berusia 28 tahun ditembak kerana dituduh konon telah cuba menikam salah seorang seorang anggota keselamatan Israel di kawasan terminal pengangkutan awam itu.

wwww

Walau bagaimanapun, menurut saksi dan orang ramai yang berada di situ, Isra’a Abed sebelum itu telah dipaksa oleh tentera Israel untuk membuka tudungnya.

Berdasarkan laporan media Barat, mangsa cuma mengalami kecederaan biasa namun ada segelintir daripada masyarakat Palestin di laman makro Twitter mendakwa wanita itu telah pun meninggal dunia.

Menerusi video tersebut, kedengaran tentera Israel di situ menjerit kepada wanita tersebut sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya dan menyebabkan mangsa terbaring di lokasi kejadian.

Sebelum ini, pernah seorang wanita Palestin yang dikatakan telah menjadi ancaman kepada ‘kekebalan’ barisan tentera Israel juga telah mati ditembak di sana.

SUMBER : http://www.mynewshub.cc/hangat/kejam-video-tentera-israel-tembak-wanita-palestin-tersebar/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *