Kejap Kutuk Kejap Puji .. Pening FBI Dengan Donald Trump

QUANTICO: Hanya kurang sejam selepas mengkritik Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan sokongan tanpa belah bahaginya kepada badan pengkuatkuasa itu.

Trump sebelum itu menyifatkan cara pengendalian FBI terhadap siasatan ke atas emel bekas calon presiden daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton sebagai ‘memalukan.’

Namun, kini beliau mendakwa sebagai ‘kawan baik dan sejati’ kepada agensi itu.

“Presiden Amerika Syarikat menyokong anda (FBI) 100 peratus.”

“Kamu semua adalah hebat belaka, mungkin 90 peratus yang bagus tetapi 10 peratus lagi kurang memuaskan,” katanya pada majlis graduasi anggota penguatkuasa undang-undang di sini.

Ketika dalam perjalanan ke kampus berkenaan di Quantico, Virginia, Trump memberitahu wartawan bahawa laporan terbaharu yang dikeluarkan FBI adalah amat bias khususnya dalam kalangan pegawai kanan FBI.

Awal bulan ini, Trump turut mengutuk biro berkenaan dan bekas pengarahnya, James Comey, yang dipecatnya Mei lalu.

Ia membabitkan maklumat siasatan ke atas penggunaan pelayan e-mel peribadi oleh Clinton.

SUMBER : http://www.astroawani.com/berita-dunia/selepas-kutuk-trump-puji-pula-fbi-163099

Separuh warga AS rasa negara itu semakin teruk dengan Trump

Washington DC: Lebih 52 peratus warga Amerika Syarikat merasakan negara berkenaan menjadi semakin teruk selepas Presiden Donald Trump dilantik.

Trump turut gagal mendapat sokongan daripada Parti Republikan apabila hanya 50 peratus yang percaya dia telah mengotakan janji yang dibuat sewaktu pilihan raya tahun 2016.

Antara janji yang masih gagal dipenuhi Trump termasuk rombakan undang-undang penjagaan kesihatan, menarik AS keluar dari perjanjian nuklear Iran dan melabur dalam membangunkan infrastruktur di AS.

Tinjauan tersebut dibuat oleh agensi berita The Associated Press dan NORC Center for Public Affairs Research.

Dan dengan 2017 menghampiri penghujungnya, warga AS secara amnya semakin pesimis dengan kepimpinan Trump.

Hanya 10 peratus warga AS percaya negara itu dilandasan yang betul.

Trump kini hanya mencatatkan 32 peratus sokongan populariti daripada tinjauan yang dilakukan.

Namun berita baiknya adalah ekonomi AS semakin pulih dengan kadar pengangguran pada 4 peratus dan 40 peratus menyokong cara Trump mengendalikan ekonomi AS.

SUMBER : http://www.astroawani.com/berita-dunia/separuh-warga-rasa-negara-itu-semakin-teruk-dengan-trump-163117

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *