Koleksi ‘Moments’ Budak-Budak WeChat Yang Merosakkan Bahasa!! .. Pecah Perut Beb!!

Image result for budak wechat lawak
Gambar Sekadar Hiasan

Zaman sekarang boleh dikatakan hampir semua orang mampu menggunakan telefon pintar termasuklah budak-budak sekolah rendah dan menengah. Apabila mempunyai telefon pintar, sudah tentu juga mereka mempunyai pelbagai akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan juga WeChat

WeChat merupakan media sosial yang paling popular di kalangan budak-budak sekolah. Di dalam WeChat ini kita boleh melihat pelbagai moments atau status yang dimasukkan mereka. Ada yang dalam Bahasa Melayu, ada yang dalam Bahasa Inggeris dan ada juga yang rojak.

Moments yang kami kongsikan di sini merupakan moments yang mempunyai kesalahan ejaan perkataan Bahasa Inggeris yang agak melucukan kerana ia membawa maksud yang sama sekali lain dari apa yang mereka ingin sampaikan.

Bukanlah bermaksud kami ingin melemahkan semangat mereka untuk menulis di dalam Bahasa Inggeris, tetapi apa salahnya untuk mereka semak dahulu ejaan sebelum memasukkan moments tersebut. Kami pasti telefon canggih mereka itu pasti mempunyai perisian untuk menyemak kesalahan ejaan dan maksud sebenar perkataan yang mereka tulis.

Sebagai bonus, ada juga screenshot status facebook, chat dan sebagainya yang juga bukan dari budak-budak sekolah.

Harap harap budak ni bukan belajar Medic

 

Nak bagitau lepas kahwin nanti, bahagian kewangan (finance) semua serah kat dia

 

 

Sama la kita, nak sarapan sebelum breakfast, makan tengah hari sebelum lunch dan makan malam sebelum dinner.

 

 

Switch off the lamp tu maksudnya suka menunjuk-nunjuk lampu la ye

 

 

Geng heavy metal je main sembah-sembah kambing ni

 

 

Salah takpe, yang penting konfiden. Siap ajar orang lagi tu.

 

Ingatkan kereta je boleh parking

Setuju, pakai singlet memang membosankan

Terpengaruh dengan filem la ni, tak puas hati ajak berlumba

Sticker FB free dan semua orang boleh guna

Setakat sayang gambar je tak guna, kena sayang tuannya sekali

Panjang lebar dia explain, rupa-rupanya salah

Dah suka makan ice cream sebab tu kaki pun cream

Dalam kitab mana ada sebut syurga junnah ni?

Hake tu sejenis ikan

Kenapa tak tulis kesetieen

Kesian kawan kau kena welding. Lepas welding mesti kena gerudi

Janganlah kita suka jungle orang, kalau tak suka duduk kat jungle (hutan)

Kenapa sit back tapi pakai kat bahagian depan?

Ganas kau dik, angsa pun kau telan

Berbelit lidah nak sebut

Kalau orang lelaki tak ada breast nak buat macam mana?

Ni mesti pakai Nokia 3310 sebab tu sampai seminggu tahan bateri

Sukan yang panas jangan la tutup

Kesian, punya la kawan dia excited sampai buka habis baju semua

Kalau sekali salah boleh dikatakan typo, kalau dah dua kali.

Untuk yang tak faham contex (contact) link (lens)

Dia nak tulis stay ke still?

Sampai satu batch tak puasa, terus betul.

Speed track tu tempat Usain Bolt

Suka ikut budaya barat budak ni

Patut la ejaan pun tak betul, orang tegur dikatanya sibuk

Tadi jungle, ni jugle pulak. Susah sangat ke nak eja judge?

Bila translate satu satu perkataan, memang macam ni la jadinya. Dia nak cakap diam diri lebih baik

Menangis cikgu BM dia baca

Minat betul dengan Ronaldo, tahu kena inject dekat mana

Sumber: iyerker

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *