Kumpulan UNIC Ditahan SYRIA Kerana Cuba Masuk Secara Haram? Ini Punca Sebenar Mengapa Mereka Ditahan

Anggota kumpulan nasyid UNIC berdepan pengalaman mencemaskan ketika cuba memasuki Syria apabila ditahan polis di sana selama kira-kira 14 jam.

Rakaman Sebelum Dan Selepas Tahanan Berada Di Pautan Akhir Artikel Ini

Kumpulan dibarisi tiga anggota iaitu Bazli, Fakhrul dan Nakdi itu tiba di Syria bagi menyempurnakan misi menghantar bantuan kemanusiaan buat pelarian perang tetapi ditahan kerana disyaki cuba memasuki negara bergolak itu secara haram.

Dalam satu klip video dimuat naik ke akaun rasmi UNIC di Instagram, Fakhrul atau nama penuhnya Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin, 31, menjelaskan antara sebab mereka ditahan kerana memakai rompi bertulis perkataan Muslim Care Malaysia.

“Kami ditahan atas sebab SOP biasa. Itu laluan tikus ke Syria dan kebetulan masa datang itu kami memakai baju Muslim Care dan mungkin disebabkan stabilizer (untuk kamera) yang kami bawa bila diimbas nampak macam senjata,” katanya.

image: https://i.malaysiakini.com/1194/1435a8e5e0f441484390a2423ea459a5.jpeg

UNIC berangkat ke Syria pada 10 Disember lalu.

Menerusi satu klip video berasingan yang dimuat naik kira-kira 20 jam sebelum itu, Bazli atau nama penuhnya Bazli Hazwan Che Osman, 34, berkata mereka melakukan kesilapan kerana gagal menyedari arahan mengecop pasport.

Katanya, mereka sepatutnya merujuk mana-mana balai polis berdekatan dalam waktu terdekat.

“Satu kesilapan besar UNIC baru perasan. Dekat pasport kita bila lepas lapangan terbang masuk Turki tu (ada cop) sila ke balai polis untuk sahkan.

“Doakan kami berada di negara orang. Macam boleh jadi negara perang isu Syria pula. Sekarang lagi ketat dengan isu Palestin. Jadi kita mohon doa sangat,” katanya dalam rakaman yang dibuat ketika menaiki kenderaan polis.

Menerusi kemas kini di laman Instagram berkenaan, UNIC dibebaskan daripada tahanan kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan dan akhirnya berjaya tiba di Istanbul.

“Kami UNIC dan Muslim Care memohon maaf atas kelewatan memaklumkan atau memberitahu rakyat Malaysia. Terima kasih atas doa kalian. Alhamdulillah kami selamat sampai di Istanbul,” kata Nakdi atau nama penuhnya Wan Najdi Wan Mohd Noh.

Dalam perkembangan terbaru, UNIC dimaklumkan akan dihantar pulang ke Malaysia dan misi mereka malangnya gagal diselesaikan.

Malaysiakini difahamkan, UNIC dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) malam esok.

Sekiranya ingin mengetahui perkembangan UNIC tentang jelajah Muslim Care boleh terus like page Facebook UNIC

Link > https://www.facebook.com/unicofficials/

VIDEO UNIC MENJELASKAN SEGALANYA BAGAIMANA BOLEH TERJADI

SUMBER : https://www.malaysiakini.com/hiburan/405569

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *