MAYAT Bayi Yang Dikebumikan Kembali Hidup. Perbuatan Ibu Bapa Ini Buat Ramai TERCENGGANG !!!

Pada suatu hari, beberapa orang terdengar tangisan bayi.

Namun, mereka sama sekali tidak mengendahkannya ini kerana sebelah kilang mereka merupakan kubur. Masuk hari kedua, terdengar sekali lagi suara tangisan bayi. Tiada tindakan dilakukan oleh mereka. Kemuncak hari ketiga, mereka akhirnya cuba menyelidiki. Apa yang ditemui sangat mendukacitakan.

Mampu bertahan hidup setelah dikuburkan selama berhari-hari adalah sesuatu yang luar biasa lebih-lebih lagi bagi bayi yang baru dilahirkan.

Namun, siapa sangka bayi ini terselamat selepas dikebumikan selama tiga hari di dalam tanah. Anda pasti tertanya-tanya siapa yang melakukannya dan apa alasannya. Ini kisahnya…

Ketika para pekerja di kilang kayu di Afrika Selatan mendengar tangisan bayi di luar, mereka segera keluar mencarinya. Akhirnya, mereka menemui seorang bayi lelaki yang telah dikebumikan hidup-hidup di dalam kubur cetek.

 

Selepas menyelamatkan bayi dari ‘kubur’ itu, mereka mengesahkan bahawa bayi itu telah ditinggalkan di sana oleh ibunya tiga hari lalu. Perbuatan itu dikatakan memang sengaja dilakukan supaya bayi itu meninggal dunia.

 

Ibu berusia 25 tahun yang juga bekerja di kilang kayu di bandar Paddock, di KwaZulu-Natal, timur Afrika Selatan akhirnya berjaya dikesan.

Dia mengaku kepada polis bahawa dia telah menguburkan bayi dengan pasir dan kayu dari kilang. Dia berkata dia takut ibu bapanya kecewa dengan kelahiran anak keduanya itu.

“Ini adalah anaknya yang kedua, yang pertama kini berusia empat tahun, dan dia merasakan ibu bapanya tidak akan menerima jika dia memiliki anak lagi,” kata Kapten Gerald Mfeka, lapor

Dia mengaku kepada polis bahawa dia telah menguburkan bayi dengan pasir dan kayu dari kilang. Dia berkata dia takut ibu bapanya kecewa dengan kelahiran anak keduanya itu.

“Ini adalah anaknya yang kedua, yang pertama kini berusia empat tahun, dan dia merasakan ibu bapanya tidak akan menerima jika dia memiliki anak lagi,” kata Kapten Gerald Mfeka, lapor Daily Mail UK.

Bayi yang lemah itu kemudian dihantar ke unit rawatan intensif di Hospital Daerah Port Shepstone.

Ibunya juga dibawa ke hospital dan kemudian dibebaskan. Dia walau bagaimanapun masih belum mengetahui jika dia akan dikenakan tindakan jenayah, atau jika dia dibenarkan untuk melihat bayi pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *