MORE JUTARIA! ‘GAME SHOW’ RM1 JUTA! KENAPA DIA PILIH SEJUTA DARI FERRARI?

Image result for more jutaria

Bermula dengan kedai basikal ketika berusia 23 tahun, Ahmad Samerin Dzulkifli tiba-tiba bergelar jutawan apabila memenangi “Kuiz More Jutaria” di RTM.

Dengan hadiah RM1 juta, lelaki dari Jengka Pahang itu tenggelam daripada tumpuan masyarakat dengan alasan “menyembunyikan diri” demi keselamatan diri dan keluarga.

Image result for more jutaria

“Memang ramai hendak tahu [kisah] saya tetapi sengaja saya tidak mahu keluarkan balik cerita kemenangan dahulu atas pelbagai sebab.

“Sekarang ini orang sudah tidak tahu [kenal] saya lagi, jadi saya [pergi] ke mana pun bebas dan ini semua demi keselamatan keluarga,” kata Ahmad Samerin, 48, kepada Harian Metro.

Kedai basikalnya itu pula diserahkan kepada adiknya untuk diuruskan. Hasil wang lumayan itu, beliau dengan gaya hidup sederhana menguruskan kedai elektrik di Bandar Baru Jengka.

Selebihnya wang itu, yang dimenangi daripada acara TV paling popular pada 1991, dilaburkan dalam perniagaan. Akhbar itu bagaimanapun tidak menyebut jenis pelaburan tersebut.

Pada 8 September 25 tahun lalu, seperti sudah ditakdirkan, huruf daripada namanya SAMERIN dipilih pembayang bagi mengisi petak-petak soalan pusingan bonus.

Ahmad Samerin perlu meneka dengan tepat dalam tempoh 15 saat untuk melayakkan dirinya merebut wang tersebut atau sebuah kereta Ferrari model 328 GTS bernilai lebih RM1 juta.

Image result for more jutaria

 

Namun beliau menolak Ferrari kerana tidak tahu memandu dengan wang, bagi dirinya, lebih sesuai untuk keluarganya. Selain itu, kereta mewah itu tidak sesuai untuk dirinya yang tinggal di desa.

Ni Salah 1 GAMESHOW Zaman dulu gak yang boleh dapat tunai cepat ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *