Muka Bengkak Secara Tiba Tiba .. Apa Yang Doktor Ini Jumpa Dalam Pipi Pesakit Ini Mengejutkan Dia!

New Delhi: Seorang lelaki tidak menyangka sista besar pada wajahnya yang membengkak dalam tempoh cuma semalaman rupanya menjadi ‘rumah’ untuk seekor cacing sepanjang 10 sentimeter.

Lelaki berusia 29 tahun itu mendapat rawatan di hospital selepas bahagian kiri mukanya tiba-tiba membengkak tanpa sebab, baru-baru ini.

Doktor yang membuat pemeriksaan bagaimanapun berjaya mengesannya sebagai tanda jangkitan parasit sebelum melakukan pembedahan kecil untuk menebuk dan mengeluarkan cacing berkenaan.

Prosedur yang dijalankan pada 20 September lalu itu dirakam kamera di bilik bedah Hospital KIMS di Kochi, Kerala, India.

Pakar Bedah Umum dan Laparoskopik, Dr Zuhail Nazar berkata: “Pesakit datang berjumpa saya dengan bengkak di sebelah kiri wajah dan matanya.

“Selepas membuat imbasan CT, satu ketulan yang bernanah ditemui di kawasan yang bengkak.

“Ketika pemeriksaan dilakukan terdapat benjolan pada pelipisnya dan apabila ditanya, pesakit mengakui ia berada di situ sejak kira-kira 10 bulan lalu.”

Dr Zuhail berkata, pesakit itu mengaku terkena jangkitan cacing di situ tahun lalu dan sudah mendapat rawatan menyebabkannya menganggap masalah itu selesai.

Bagaimanapun, bahagian berkenaan kembali mengembung baru-baru ini sebelum tiba-tiba bahagian kiri mukanya bengkak.

“Sebenarnya cacing itu tidak pernah dikeluarkan atau dibunuh.

“Terbukti ketika dikeluarkan cacing sepanjang 10 sentimeter itu memang masih hidup.

“Jarang sekali cacing membesar seperti ini, namun dalam kes ini ia dibiarkan begitu lama di dalam badan pesakit. Kami menghantar cacing itu untuk dikaji,” kata Dr Zuhail.

AMARAN: VIDEO INI MUNKIN TIDAK MENYENANGKAN

Sumber: HMETRO / MIRROR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *