PELAKON Eyka Farhana Dikaitkan Dengan Video Lucah .. Ini Respond Eyka Yang Buat Ramai Terkejut

PELAKON Eyka Farhana kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mengaitkan namanya dengan rakaman video lucah yang kini sedang tular.

Pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Juvana 2 dan 3 itu meluahkan rasa marah dan kecewanya itu di laman Instagram miliknya.

Image result for Eyka Farhana video lucah

Eyka berkata, dia terkejut apabila ada peminat dan rakan menghantar video terbabit kepadanya.

“Kalau tengok wanita di dalam video itu memang langsung tidak serupa dengan saya. Tapi saya tetap berasa malu apabila ada yang mengaitkan ia dengan diri saya.

Image result for Eyka Farhana

“Saya menyifatkan orang yang cuba mengaitkan nama saya dengan video itu sebagai tidak berotak dan tidak sensitif, kerana ia ditimbulkan di saat saya dan keluarga masih bersedih kerana kehilangan arwah kakak,” katanya.

Mengenai tindakan bakal diambil, Eyka menyerahkan perkara itu kepada pihak pengurusannya, Mind Order Management Sdn. Bhd.

“Setakat ini pihak pengurusan sedang memantau video lucah yang sedang tular dan dikaitkan dengan nama saya itu.

“Amaran keras juga sudah dibuat, agar pihak yang melakukan perkara terkutuk itu tidak lagi mengaitkan nama saya. Andai ia masih lagi wujud, kami akan membawa isu ini kepada pihak berkuasa,” katanya.

Sumber: HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *