Pemandu Teksi Ini Sering Membawa Sabun Buku Di Dalam Teksinya, Akhirnya Terbongkar Rahsia Si Pemandu Teksi Tersebut!

Bukan mudah untuk memandu dalam keadaan hujan lebat, risiko kemalangan sangat besar dan boleh membahayakan keselamatan anda.

Cermin menjadi kabur, jalan tidak jelas kelihatan dan cermin sisi anda juga tidak dapat melihat pemandu lain dibelakang membuatkan sangat sukar untuk anda memandu ketika itu bukan?

Tapi tenang, seorang pemandu teksi ini punya tips mudah yang boleh dipraktikkan sendiri agar kamu tetap boleh melihat dengan jelas melalui pandangan belakang dan kaca kereta ketika memandu di tengah hujan.Bahan yang digunakan pun sangat mudah, iaitu hanya dengan menggunakan sabun!

Caranya:

1. Bersihkan dahulu kaca kereta. Sambil membersihkan kaca mobil, kamu juga boleh sambil merendam sabun di dalam air agar lebih empuk dan mudah diaplikasikan nantinya.

2. Angkat sabun dari dalam air dan longkang. Kemudian, gosokkan sabun tersebut ke permukaan kaca sehingga membentuk lapisan tipis dan tunggulah hingga kering.

3. Setelah kering, bersihkan sisa-sisa sabun yang melekat di kaca dengan kertas surat khabar ataupun kertas lain.

Dijamin, ketika air hujan mengenai kaca kereta kamu, air hujan itu tidak akan lagi membentuk titisan air, sehingga kaca kamu tetap berkilat semasa hujan!

Selain itu, anda boleh juga gunakan tips di bawah:

Ada tiga bahan yang memang kita selalu guna tapi macam tak percaya je boleh ‘settle’kan masalah ini.

Ubat Gigi

Yer! Ubat gigi. Selama ni kita guna dia untuk gosok gigi je kan? Tapi tak sangka pula boleh bantu hilangkan kabus pada cermin kereta. Kena pakai berus gigi ke masa nak gosok kat cermin? Tak payah, jangan nak mengada-ngada. Ambil jer ubat gigi tu dan sapu sampai rata pada pada bahagian dalam cermin kereta sahaja.

Syampu

Syampu pun boleh guna juga ke? Boleh, kalau takde syampu minyak rambut cecair yang lutsinar pun boleh, jangan bantai gosok dengan pomade sudah la.

Cara-caranya adalah seperti berikut :

Sapukan syampu atau minyak rambut pada cermin dan gosok dengan rata. Sikit je cukup.
Lap dengan perlahan untuk menghilangkan kesan syampu atau minyak rambut pakai kertas surat khabar, tisu atau kain. Aki sarankan guna tisu.

Ubi Kentang

Ingat ubi kentang boleh buat jejari kentang atau letak dalam kari ayam je ke? Ini ubi lah. Ubi kentang selain dibuat makanan boleh juga digunakan untuk menghilangkan kabus pada cermin kereta anda.

Cara-caranya adalah seperti berikut :

Belah dua ubi kentang dan pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu.
Gosok bahagian dalam kentang yang dipotong tadi pada cermin kereta di sebelah dalam.
Jika perlu gunakan baki yang separuh lagi ubi kentang tu.
Dah siap gosok, jangan usik cermin tu, biarkan cermin tu kering dahulu. Kemudian, kalau ada sisa-sisa ubi kentang pada cermin, lap cermin itu dengan tisu kering.

Dengan cara-cara yang dinyatakan di atas, kabus pada cermin kereta anda hilang buat sementara waktu, bukan hilang buat selama-lamanya. Itu jelah petua yang Aki nak kongsi buat masa ni. Nak tahu menjadi ke tidak, cubalah yer! Kalau tak jadi jangan suluh Aki dengan lampu kabus belakang sudah la.

Selamat mencuba ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *