Pengasas Tudung AIDIJUMA Lempang STAFF? Norjuma Tampil Beri Kenyataan

Terdahulu, satu isu kontroversi telah dikaitkan dengan bekas pengacara NonaNorjuma Habibyang dikatakan telah menampar bekas pekerja.

Pelbagai tuduhan dan cerita mengenai pengasas jenama Aidijuma ini yang telah dihebahkan oleh beberapa individu di media sosial.

Setelah lama mendiamkan diri setelah pelbagai tuduhan dilemparkan, akhirnya Norjuma tampil memberi kenyataan dengan melibatkan beberapa nama termasuklah sebuah syarikat televisyen swasta

Namun, tinjaun Hangat ke instagram rasmi Aidijuma, tiada sebarang kenyataan di atas kelihatan. Adakah pihak pengurusan Aidijuma sudah memadam kenyataan tersebut?

Bagaimanakah dengan segala spekulasi yang tersebar selama ini? Adakah benar mahupun hanya ancaman dari pihak luar sana yang ingin jatuhkan nama baik Norjuma dan perniagaannya? Hanya Norjuma dan pihak yang terlibat sahaja tahu akan kebenarannya.

 

Biodata Norjuma

  • Nama Penuh: Datin Norjuma Habib Mohamed
  • Nama Popular: Norjuma
  • Tarikh Lahir: 5 November 1980
  • Asal: Bayan Baru, Pulau Pinang
  • Pendidikan: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Kerjaya: Pengacara TV dan Ahli Perniagaan
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Datuk Mohamed Nazim Razak
  • Anak : 3 Orang (Anak sulung bernama Muhamad Aqil Razak Mohamed Nazim)
  • Rancangan TV: Nona, Wanita Hari Ini, Kewangan Islam dan Keluarga Di 9
  • Pencapaian Sebagai Pengacara TV: Juara Pengacara Jemputan Nona Musim Kelima (2002)
  • Pencapaian Sebagai Ahli Perniagaan: Pengasas dan pemilik koleksi tudung bawal scarf popular Aidijuma

Sumber: Hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *