POLIS LANGGAR KERETA ANDA TETAPI ANDA YANG KENA BAYAR .. INI SEBAB KENAPA ANDA YANG KENA TANGGUNG!

Ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk menerima pampasan sekiranya terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan polis, walaupun ia berpunca dari kesalahan dari pihak polis

Ini kerana kenderaan polis tidak dilindungi insurans dan pihak ketiga perlu menulis kepada penasihat undang-undang di dalam pasukan polis untuk perkara itu disiasat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu terdapat 22,000 kenderaan yang dimiliki oleh pasukan polis di Malaysia dan kesemuanya “tidak dilindungi oleh insurans”.

Perkara itu dilaporkan oleh The Sun Daily, awal pagi hari ini.

“Polis tidak akan membayar pampasan atau kos pembaikan kenderaan kepada pihak ketiga jika mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.

E95c

“Walau bagaimanapun tuntutan boleh dibuat kepada kerajaan untuk kos atau pampasan yang berkaitan,” kata Zahid.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini adalah berdasarkan prosedur yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan WP 4.2 mengenai kemalangan yang melibatkan kenderaan kerajaan


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Setiap kemalangan yang melibatkan kenderaan kerajaan akan dirujuk kepada seorang penasihat undang-undang untuk mengkaji kemungkinan kerajaan membayar kerugian yang ditanggung oleh kemalangan itu,” katanya.

Beliau berkata penasihat undang-undang akan mengambil tindakan yang munasabah untuk menyelesaikan tuntutan itu atau membuat pengaturan pembayaran kepada pihak ketiga.

“Jika pihak ketiga bersalah dalam kemalangan itu, pampasan akan dikumpulkan melalui peguam negara dan wang itu akan dikreditkan sebagai hasil kerajaan,” kata Zahid lagi.

Selain itu, untuk semua kos pembaikan atau penyelenggaraan lain, pihak polis akan menggunakan peruntukan yang diberikan kepada jabatan
Menurut pekeliling tersebut, apabila kenderaan kerajaan terlibat dalam kemalangan, pemandu kenderaan itu perlu memberikan laporan terperinci secara bertulis kepada ketua jabatan selepas membuat laporan polis dalam masa 24 jam daripada kejadian itu.

Ini tidak terpakai kepada pemandu yang secara peribadi dilantik oleh seorang pegawai kerajaan.

SUMBER : http://says.com/my/seismik/kenderaan-polis-tak-dilindungi-insurans-zahid

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *