Rakaman Aktiviti Terakhir Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Video pelajar tahfiz sebelum tragedi menyentuh hati

SHAH ALAM – Satu klip video memaparkan pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur sedang membaca al-Quran tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Menerusi klip video berdurasi selama 0:36 saat itu, kesemua berkenaan dikatakan melakukan aktiviti terakhir mereka sebelum kejadian kebakaran yang meragut nyawa 21 daripada mereka.

Difahamkan, klip video terbabit dikongsi seorang ustaz menerusi aplikasi WhatsApp kepada ahli keluarga pelajar. 

Menurut netizen, Norani Mohamed Yatim, kesemua mangsa yang terkorban dalam kejadian itu merupakan insan-insan terpilih dan akan berada di tempat lebih baik selepas ini.

“Allahuakbar! Mereka adalah di antara insan-insan terpilih, di sana jauh lebih baik dari di dunia yang penuh dengan pancaroba,” katanya.

Mohd Riduan pula berkata, kejadian tersebut adalah merupakan ketentuan ALLAH dan tiada mana-mana pihak boleh melawannya.

“Al-fatihah. Takdir ALLAH tiada siapa boleh lawan. Ajal maut hanyalah di tangan yang maha esa.

“Semoga anak-anak syurga dan gurunya di tempat dalam kalangan orang yang soleh,” katanya.

Dalam kejadian Khamis lalu, 21 pelajar dan dua tenaga pengajar di pusat tahfiz terbabit maut selepas terperangkap dalam kebakaran pada jam 5.41 pagi.

Bagaimanapun, wujud elemen mencurigakan dalam kejadian tersebut apabila ada antara mangsa yang terselamat melihat tong gas berwarna kuning berada di luar bilik asrama mereka.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman sebelum ini juga tidak menolak kemungkinan wujud unsur khianat dalam insiden menyayat hati itu.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi tinjauannya di pusat tahfiz terbabit sebelum ini juga memaklumkan bahawa beliau amat terkesan dengan kejadian meruntun hati rakyat Malaysia itu, memandangkan pelajar dan guru terlibat sering melakukan ibadah di rumahnya pada setiap malam Jumaat.

Sumber: Bharian
Video: Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *