Rakaman Yang Sangat Jarang Kita Nampak!! Detik Terakhir Unit Pemusnah Bom .. Selamat Atau Tidak?

Rakaman Detik Terakhir Unit Pemusnah Bom

Video Detik Terakhir Unit Pemusnah Bom Dirakam | Video yang menunjukkan detik-detik terakhir seorang pegawai unit pemusnah bom sebelum terkorban ketika mematikan bom tersebar laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Pegawai berkenaan dilihat menghampiri sebuah beg yang diletakkan berhampiran sebuah stesen minyak, dimana orang ramai mengeluarkan telefon bimbit mereka dan merakam.

Pegawai berkenaan memegang sebuah alat yang kemudiannya meletup di tanganya.

Selepas melambung beberapa kaki, pegawai tersebut tidak lagi bergerak dan orang ramai bergegas untuk membantu.

Menurut Daily Mail, kumpulan pengganas Ajnad Misr mengaku meletakkan bom tersebut yang menyasarkan balai polis berdekatan.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Cairo, Mesir.

Video berkenaan yang dimuatnaik pada 6 Januari itu juga dikongsi ke laman sosial Facebook dan laman mikro Twitter.

Image result for pekerjaan pemusnah bom

Basri pakar pemusnah bom skuad tentera Malaysia

SEBUAH akhbar pada 3 Jun 1976 pernah melaporkan bahawa dia telah terbunuh sewaktu terlibat dalam satu operasi ketenteraan di Gubir, Kedah selepas terkena jerangkap samar.

Menurut laporan itu, dia terkena jerangkap samar semasa melakukan kerja-kerja membersihkan sebuah terowong milik pengganas komunis.

Lebih mengejutkan laporan tersebut disiarkan sehari selepas perajurit ini menerima anugerah Pingat Gagah Berani (PGB) daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Yahya Petra.

“Hakikatnya saya masih hidup sampai sekarang. Saya percaya kesilapan laporan itu tidak disengajakan.

“Sebenarnya yang terbunuh bukan saya tetapi seorang lagi penerima PGB pada hari yang sama iaitu mendiang Kapten (U) Choo Yeok Boo selepas helikopter yang dipandunya ditembak komunis di Gubir,” kata Lt. Kolonel Basri Omar, 50, yang kini merupakan Komandan Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM), Kluang Johor.

Sambil melahirkan kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia, anak kelahiran Kampung Merbok, Sungai Petani Kedah ini berkata, peristiwa hitam itu cukup sukar untuk dipadamkan daripada ingatannya walaupun sudah 26 tahun berlalu.

Apatah lagi dalam kejadian pada hari Sabtu itu, seorang anggota terupnya, Koperal Abdullah telah terkorban selepas terpijak jerangkap samar dalam terowong berkenaan manakala beliau mengalami kecederaan parah.

Dua hari sebelum peristiwa itu pula, rakan sekelasnya sewaktu di Sekolah Kebangsaan Pendang, Trooper Yaakob Hassan telah putus kedua-dua tangan selepas terkena jerangkap samar ketika cuba menyelamatkan seorang pegawainya.

Menceritakan semula peristiwa itu, Basri memberitahu, ia berlaku pada pagi 25 April 1976.

Beliau yang ketika itu berpangkat Leftenan Muda ditugaskan bersama terupnya membantu kumpulan sedia ada membersihkan sebuah kem pengganas komunis yang baru ditawan daripada jerangkap samar bagi membolehkan usaha-usaha menjejak musuh dilakukan oleh komando Rejimen Gerak Khas.

Dianggarkan terdapat kira-kira 3,000 jerangkap samar di sekitar kem berkenaan dengan 400 orang musuh yang bergiat aktif.

Bagaimanapun, sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila anggotanya menemui sebuah terowong pada petang 24 April.

Justeru, beliau mengarahkan anggotanya memulakan pembersihan di dalam terowong itu yang dipercayai tembus sehingga ke Thailand. Kerja-kerja pembersihan dimulakan pada pukul 7.30 pagi esoknya.

Image result for skuad pemusnah bom malaysia

Bagaimanapun, pada pukul 8.30 pagi hatinya tergerak untuk melihat kerja-kerja yang dilakukan anggotanya di dalam terowong sambil diikuti rapat oleh Abdullah.

Ketika baru beberapa langkah memasuki terowong itu, beliau ternampak sebuah jerangkap samar dan mengarahkan Abdullah dan anggota lain berhati-hati sambil meneruskan perjalanan.

Tanpa disengajakan Abdullah telah terpijak jerangkap samar itu menyebabkan ia meletup. Abdullah mengalami kecederaan parah manakala Basri yang berada tidak berapa jauh dari situ turut cedera di bahagian punggung, belakang badan dan lengan kiri.

Walaupun menanggung kesakitan yang amat sangat dan dalam keadaan kelam-kabut ditambah dengan suasana gelap gelita, Basri sempat mengarahkan semua anggota yang berada dalam terowong bertenang.

Ini bagi mengelakkan ada lagi anggota terkena jerangkap samar. Dalam masa yang sama beliau mengarahkan beberapa anggota membantu membawa Abdullah keluar. Bagaimanapun, Abdullah meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Basri juga sempat meminta pasukan pencari di hadapan meneruskan tugas mereka tanpa perlu menghiraukan kecederaan yang dialaminya demi memastikan musuh dapat dijejak secepat mungkin.

Kata-kata perangsang dan semangat kental yang ditunjukkannya berjaya membakar semula semangat anggota terupnya dan mereka meneruskan kerja-kerja pembersihan sehingga selesai biarpun dalam keadaan rumit.

Basri sedar jika anggotanya tidak diberikan perangsang dalam keadaan genting tersebut, beliau bimbang moral mereka akan jatuh selepas menyaksikan rakan setugas mereka terkorban manakala beliau sendiri cedera.

Kata-kata tersebut terus diucapkannya berulang kali sehingga beliau dibawa helikopter ke Hospital Alor Setar dan menjalani rawatan selama seminggu di situ.

Ekoran kecekalan dan kecemerlangan yang ditunjukkan itulah maka Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mengurniakan PGB kepadanya pada 2 Jun 1976.

Penganugerahan tersebut menjadikan beliau satu-satunya pegawai Rejimen Askar Jurutera Diraja yang menerima PGB sehingga hari ini.

Image result for skuad pemusnah bom malaysia

Meskipun selepas berkhidmat selama 31 tahun, Basri mengakui dia masih `merindui’ suasana yang dilalui sepanjang operasi membanteras komunis dahulu.

“Dulu, walaupun diarah ke mana sahaja, saya tidak kisah kerana itu memang tujuan saya memasuki tentera,” kata bapa kepada lima orang anak ini.

Menurut Basri, selain terbabit memusnahkan jerangkap samar musuh, beliau turut terbabit dalam operasi menanam jerangkap samar di utara Semenanjung untuk mengekang penyusupan pengganas komunis daripada negara jiran.

“Pelbagai pengalaman saya tempuhi sewaktu menanam jerangkap samar termasuk dua kejadian letupan yang hampir meragut nyawa dua anggota saya,” katanya yang mempunyai rekod peribadi memusnahkan hampir 100 jerangkap samar dan bom milik musuh.

Suatu masa dulu beliau juga antara orang yang selalu dipanggil apabila ada ancaman bom termasuk ketika peristiwa pengganas Tentera Merah Jepun menawan bangunan AIA di Kuala Lumpur pada 1974.

Menurut Basri, selepas peletakan senjata Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1989, beliau menjadi salah seorang pemerhati tentera dalam operasi pemusnahan senjata dan bahan letupan pengganas komunis di Yala, Thailand pada tahun 1990.

Beliau turut menyertai misi khas memusnahkan bom dan senjata Khmer Rouge di Kemboja di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari 1992 hingga 1993 dan turut berjaya menyusup ke kem-kem gerila berkenaan bagi misi itu.

Kesemua pengalaman, dedikasi serta keberanian yang ditunjukkan itu melayakkan Basir dipanggil pakar pemusnah bom tetapi beliau dengan rendah hati menganggap dirinya sebagai perajurit biasa.

Sumber: BlogMazeer / Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *