Selepas Lama Berdiam Diri, Ini KOMEN Dato Nassier Wahab Yang Buat Ramai SETUJU

Penyanyi Datuk Nassier Wahab turut berasa sedih dan berasa terkilan dengan kekecohan berkaitan syarikat perumahan yang diterajui oleh Datuk Boy Iman (DBI) sehingga pelakon itu ditahan polis.

TAK SANGKA

Nassier yang juga duta kepada syarikat perumahan mampu milik itu berkata, apa yang berlaku adalah di luar jangkaannya dan dia berjanji untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dalam masa terdekat.

“Saya masih belum berkesempatan untuk bertemu Datuk Boy kerana baru pulang dari Makkah dua hari lepas. Keadaan kesihatan saya juga tidak mengizinkan untuk berjumpa dengannya.

SAYA DUTA DBI TECHNOLOGY BUKAN DBI PROPERTY

Isu dibangkitkan adalah mengenai syarikat diberi nama DBI Property dan saya pula dilantik menjadi duta untuk syarikat DBI Technology.

“Saya juga dimaklumkan penahanan dia adalah bagi membantu siasatan tentang syarikat lamannya iaitu DBI Property.

“Insya-Allah bila kes ini sudah reda saya akan bertemu Boy Iman untuk membincangkan jalan penyelesaiannya. Saya sendiri berasa sedih dengan apa yang berlaku kerana adalah di luar jangkaan,” ujarnya kepada mStar Online, Selasa.

Nassier diminta mengulas tentang penahanan Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Dalam pada itu, tambah Nassier, dia berharap segala kekecohan ini akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

“Saya berdoa kepada Allah agar semua kekusutan yang berlaku ini dapat disesesaikan segera,” ujarnya.

VIDEO BERKAITAN

Sumber : Mstar

ARTIKEL BERKAITAN BOY IMAN

Datuk Boy Iman Dan Dua Suspek Utama Ditahan Polis Untuk Bantu Siasatan Kes Penipuan Jualan Rumah

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman ditahan bersama dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources dalam dua tangkapan berasingan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang dan sebuah kondominium di Setapak, dekat sini semalam.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 29 hingga 45 tahun itu ditahan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis terhadap kedua-dua syarikat berkenaan yang menawarkan rumah kepada mangsa dengan harga sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi, bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.

“Dalam tangkapan pertama, JSJK merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, sebuah kereta BMW E92, 3 unit telefon bimbit, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.

“Manakala, dalam tangkapan kedua, kita merampas dua unit telefon bimbit dan pelbagai dokumen Syarikat
Juta Kelulut Global Resources,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Acryl Sani, kesemua suspek sedang direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *