Terkini!! Kereta BMW Adalah Palsu .. Polis Sudah Kenal Pasti Suspek ! Ini Amaran PDRM Pada Penyebar Maklumat ..

POLIS Johor sudah mengenal pasti empat suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan tragis seorang lelaki di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, malam semalam.

Bagaimanapun, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, usaha mengesan semua suspek itu masih giat dijalankan.

“Polis berjaya mengenal pasti empat suspek yang terbabit dalam kes ini dan usaha sedang giat digerakkan bagi mengesan dan menahan mereka.

“Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini diminta menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran atau hubungi Hotline Polis Johor di talian 07-2212999 dengan kadar segera,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati BMW 520i yang bernombor pendaftaran WB79L tidak digunakan oleh pemiliknya.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati BMW 520i bernombor pendaftaran WB79L adalah menggunakan nombor pendaftaran yang bukan miliknya.

“Pemilik asal berjaya dikesan dan selepas temubual dijalankan kita mendapati dia tiada kaitan dengan kes ini,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Khalil turut mengesahkan mangsa maut akibat tikaman selepas hasil bedah siasat dijalankan ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian adalah luka tikaman ke jantung.

SUMBER : https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/294747/rodok-sampai-jantung

KES BERKENAAN

Semalam, seorang lelaki maut selepas ditikam dan dilanggar dengan sebuah kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor Bahru.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya, sedang mengisi angin tayar kenderaan mereka di stesen minyak berkenaan.

Kesemua suspek yang menaiki kenderaan mewah BMW secara tiba-tiba datang dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka hingga berlaku pergelutan sebelum mangsa berjaya meloloskan diri.

Suspek kemudiannya bertindak melanggar mangsa sebanyak dua kali sebelum mengundur dan melarikan diri.

Mangsa berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

SUMBER : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembunuh-bmw-nombor-plat-kereta-palsu-4-suspek-diburu-163276

JANGAN SEBARKAN MAKLUMAT PALSU !!! PDRM BAGI AMARAN !

Gambar Ehsan: Harian Metro Online

Viral di media sosial hari ini kononnya ‘pembunuh BMW’ telah ditangkap selepas 40 minit kejadian tikam dan langgar hingga maut yang berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor lewat petang semalam.

Bagaimanapun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Johor, Datuk SAC Azman Ayob ketika dihubungi Astro AWANI menafikan laporan itu.

Dalam mesejnya Datuk Azman menyatakan maklumat berkaitan kejadian telah ada tetapi berita tangkapan berkenaan tidak tepat.

HENTIKAN VIRAL MAKLUMAT PALSU !

Beliau sehubungan itu memohon agar semua pihak menghentikan tular liar itu yang boleh mengganggu siasatan.

Semalam, seorang lelaki maut selepas ditikam dan dilanggar dengan sebuah kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor Bahru.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kenderaan mereka di stesen minyak berkenaan.

SUMBER : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/usah-tularkan-pembunuh-bmw-telah-ditangkap-polis-johor-163268

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *