Terkini!! Kronologi Kes Cikgu Azizan .. Didakwa Hanya Kerana Mendenda Anak Murid! Ini Sokongan Padu NUTP .. #PrayForCikguAzizan

Ramai yang bertanya, bagaimana kronologi kes Cikgu Azizan yang tular di media sosial, apakah punca beliau didakwa di mahkamah, dan banyak lagi persoalan yang timbul.

Berikut adalah serba sedikit perjalanan kes beliau:

31 Oktober 2017: Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.

Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500

Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.

 

Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah .Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:

Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
Buli.
Memukul murid lain.
Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.
27 November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.

19 Disember 2017: Perbicaraan akan bermula.

Seperti mana artikel sebelum ini: (Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan), sokongan kita kepada Cikgu Azizan terus diperluaskan.

Kita doakan beliau tabah dan bersabar atas ujian ini, walau kita tidak mengenali tetapi kita semua tetap bersama. Ini hari beliau, mungkin nanti tiba hari kita.

Walau di mana pun kita berada zahirkan sokongan anda, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, kita gunakan semaksimanya media yang ada, gunakan hastag #PrayForCikguAzizan

Bagi yang belum mengundi, boleh terus mengundi di: Sokong Cikgu Azizan

NUTP seru sokongan buat Cikgu Azizan

Nasib seorang guru SK Taman Semarak, Nilai yang menampar seorang pelajar Tahun 5 bakal ditentukan pada 19 Disember ini. Beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban 2A, Selasa ini atas tuntutan saman yang dilakukan oleh ibu bapa pelajar tersebut.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock menyeru seluruh ahli NUTP agar turun bersama-sama memberikan sokongan kepada guru terbabit kerana beliau percaya hanya sokongan moral dan kehadiran yang ramai sahaja mampu untuk kes ini berpihak kepadanya.

Pelajar berkenaan dipercayai sering melakukan kesalahan seperti menghidu gam, membuli dan bergaduh di sekolah.

Pihak NUTP melalui akaun Facebook mereka turut memuat naik mesej daripada wakil SK Taman Semarak, yang menyeru supaya seluruh ahli NUTP untuk hadir dan memberikan sokongan moral kepada guru terbabit.

Berikut adalah mesej dari wakil SK Taman Semarak tersebut:

 

Salam semua, hanya dengan sokongan moral dan kehadiran ramai pada hari pendengaran/perbicaraan kes cikgu ini di Mahkamah Seremban pada 19/12/2017 adalah merit terpenting untuk memastikan kemenangan buat kes ini.

Oleh itu, jasa baik semua adalah diharapkan kecuali tiada kelapangan dan keuzuran. Sila panjangkan pada mereka yang tiada dalam Telegramm bagi memastikan kehadiran yang ramai pada hari tersebut.

Sebagai pencerahan, tindakan tegas cikgu berkenaan kerana disiplin yang berat dan berulang-ulang seperti menghidu gam di dalam sekolah, bergaduh, membuli dan banyak lagi. Tujuan cikgu tersebut adalah untuk mendidik.

PIBG risau jika sikap segelintir ibu bapa seperti ini akan menyebabkan kes disiplin akan menjadi lebih parah dan merebak di kalangan murid-murid SK Taman Semarak akibat daripada ketakutan dan kerisauan cikgu-cikgu untuk membentuk disiplin anak-anak SK Taman Semarak selepas ini.

Saya sebagai YDP PIBG akan terus menyokong sepenuhnya guru tersebut demi kemaslahatan anak-anak dan guru-guru SKTS.

Sekian

YDP PIBG SK Taman Semarak

Sumber: NUTP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *