Tidak Sempat Ambil Keputusan SPM .. Innallilah! Ini Yang Berlaku

BEKAS pelajar tingkatan lima yang dalam perjalanan untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh pokok di Jalan Padang Melintang, Kota Bharu, pagi ini.

Dalam kejadian 7.45 pagi itu, mangsa, Mohamad Iqbal Hafiz Mohamad Kauli, 17, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Ibu mangsa, Nastura Abdul Ghani, 45, berkata anaknya keluar dari rumah di Kampung Cherang Melintang, Bachok, pada 7.30 pagi untuk ke sekolah bagi mengambil keputusan peperiksaan SPM di Sekolah Menengah (SMU) Maahad Amir Indera Petra di sini.

“Namun, Iqbal tidak sempat sampai ke sekolahnya yang jaraknya kira-kira satu kilometer (km) selepas motosikal jenis Yamaha LC 135LC terbabas dan merempuh pokok,” katanya ketika ditemui Jabatan Perubatan Forensik HUSM di sini, hari ini.

Nastura berkata, dia reda dengan pemergian anak kedua daripada empat beradik itu.

Katanya, jenazah Mohamad Iqbal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Sri Sentosa, Jalan Beris Kubur Besar, Bachok, petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata berdasarkan keterangan saksi, mangsa menunggang motosikal Yamaha LC 135LC dari Kota Bharu menghala ke Beris Kubur Besar.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dikatakan terbabas sebelum melanggar pokok di tepi jalan.

“Mangsa kemudian tercampak di atas jalan dan parah di kepala. Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Seterusnya ..

Ramai Yang Mendapat A Pada Tahun Ini

SERAMAI 278 calon memperoleh keputusan cemerlang A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu.

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, tiga calon memperoleh A+ bagi semua mata pelajaran.

“Tiga pelajar terbaik berkenaan ialah Muhammad Khairul Azri Mohd. Khalid dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut dan Muhammad Syauqellah Razali (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik) yang masing-masing memperoleh 11A+.

“Manakala seorang lagi calon iaitu Nur Ellena Elmie dari SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus memperolehi 9A+,” katanya pada sidang akhbar pengumuman SPM di pejabat Jabatan Pendidikan Terengganu (JPNT) di sini hari ini.

Shafruddin berkata, keputusan SPM 2017 ini juga mengatasi Gred Purata Kebangsaan iaitu 4.90 berbanding Gred Purata Kebangsaan 4.97.

“Ini pencapaian yang membanggakan pada tahun 2017 dan menyamai pencapaian terbaik sebelum ini yang pernah dikecapi Terengganu,” katanya.

Sumber: HMETRO ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *