Video Pengakuan Rani Kulup Nak ‘Try’ Sajat? Jangan Main Main

Kehadiran Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) iaitu Abdul Rani Kulup Abdullah sebenarnya sedikit sebanyak bagaikan menjadi bahan hiburan kepada warga laman sosial. Baru-baru ini, Rani Kulup sekali lagi menjadi perhatian apabila menjelaskan mahu cuba mendekati Sajat.

Video yang dimuatnaik di Facebook itu adalah reaksi Rani Kulup apabila ada warga laman sosial yang bertanyakan sama ada dia mahu cuba memikat Sajat selepas lamarannya terhadap Vida sebelum ini ditolak mentah-mentah.

“Boleh, nanti ayah try Sajat. Tapi Sajat ok. Berbaik dengan dia, kau bagus. Jangan lawan dia, dia orang banyak duit tau. Jangan main-main. Muka dia pun cantik. Ayah pun nak putih macam dia juga,” katanya dipetik daripada portal MalaysiaKini.

Adakah usaha Rani Kulup berjaya, tidaklah kami ketahui namun semoga Rani Kulup akan sentiasa relevan dalam memeriahkan indsutri seni tanah air.

Sebelum ini Rani Kulup di’reject’ mentah mentah oleh Dato Seri Vida

Selepas usahawan berjaya ini mengumumkan yang beliau sedang mencari pasangan hidup, maka berduyun lelaki di luar sana yang berminat mahu mencuba nasib untuk menjadi suami kepada Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Vida.

“Jangan cari publisiti murahan. Bawa kepada saya lelaki yang kaya, mata kelabu, muda dan kacak. Seseorang yang boleh majukan perniagaan saya ke arah trilion ringgit. Itu baru boleh,” katanya kepada The Malay Mail Online.

Datuk Vida sebelum ini ada menyatakan yang beliau mahukan seorang calon suami kaya, bermata kelabu dan suka membeli belah.

“Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping (beli belah) saya borong 14 handbag (beg tangan) terus? Pengsan lelaki tu,” tambahnya lagi.

Datuk Vida turut mengakui semenjak beliau menyatakan hasrat untuk mencari suami, beliau menerima lebih 50 resume yang menyatakan hasrat termasuk jejaka dari Finland dan Scotland. Boleh tahan penangan Datuk Vida ‘kan?

Sumber: RotiKaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *