VIRAL KES AIMAN TINO KENA TANGKAP KHALWAT !! INI RESPOND AIMAN TINO

Image result for aiman tino

Terkejut juga mendengar berita penyanyi terkenal, Aiman Tino yang didakwa ditangkap khalwat, sedang hangat diperkatakan di media sosial. Pun begitu empunya badan menafikan dakwaan terbabit dan menyifatkan ianya fitnah selain memberi amaran keras kepada individu yang menyebarkan berita itu.

“Ini peluang terakhir buat netizen tidak bertanggungjawab. Selepas ini saya akan bertindak kerana perbuatan mereka sudah melampau dan menjejaskan nama baik keluarga. Sebelum ini, ada individu mendakwa saya meninggal dunia. Sekarang, ada pula yang sanggup reka cerita saya berkhalwat”

“Rakan turut terkejut membaca berita itu malah ada peminat turut bertanya mengenainya. Saya tiada masa untuk melakukan perkara bukan-bukan dan kalau keluar pun ditemani keluarga,” jelasnya kepada Harian Metro.

Biarpun berita ini sedikit sebanyak mencalarkan imej Aiman sebagai penyanyi yang baru meningkat naik, namun beliau enggan terlalu melatah kerana ianya sama sekali tidak benar. Malah jelasnya, beliau juga terkejut dengan berita yang tersebar kerana pada ketika itu beliau bersama rakan-rakannya.

Sebelum ini, berita Aiman kononnya ditangkap khalwat tersebar dengan meluasnya, difahamkan dari ruangan pojok hiburan sebuah blog tempatan. Cerita berkenaan menyebut seorang remaja lelaki yang juga finalis Anugerah Juara Lagu 31. Daripada bayangan yang diberikan, ianya dipercayai Aiman.

Image result for aiman tino

Dalam perkembangan terbaru, Aiman bakal melancarkan lagu duet berentak pop bersama kakaknya, Fara Hazel, dalam tempoh terdekat.

“Insya-Allah, saya bakal berduet dengan kakak menyanyikan lagu ciptaan ayah kami. Malah, saya juga akan menyanyi rap dalam lagu itu bagi menampilkan kelainan.

“Harapnya ia dapat diterima oleh peminat di luar sana,” kata Aiman yang meletup dengan lagu Ku Rela Dibenci.

Selain itu, Aiman juga bakal melancarkan baju sekolah jenama sendiri pada hujung tahun ini.

Sumber: Rotikaya / Bharian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *